Saturday, 19 March 2011

nilai akhlak dalam kehidupan


petang tadi saya lepak dekat menara mesjid. terlihat beberapa orang anak muda sedang lepak-lepak di situ sambil hisap rokok. beberapa anak muda memanjat bumbung dan bergerak ke menara yang lebih tinggi. terdetik di hati, rasanya semua anak muda tadi pernah bersekolah mesti pandai baca dan menulis. cuma ada satu yang kurang yang mungkin tak di ajar di sekolah... iaitu akhlak.


di sekolah rata-rata guru lebih menekankan aspek pencapaian akademik berbanding soal akhlak. almaklumlah akhlak tidak ada ujian objektif maupun peperiksaan subjektif. oleh sebab itulah ramai guru menekankan aspek akademik sepenuhnya....


sekiranya, kita amati daripada sejarah yang pernah berlaku kebanyakan manusia-manusia yang mendapat laknat allah adalah golongan manusia yang mempunyai tamadun yang tinggi, seperti tamadun saba', tamadun pompei, kaum add, kaum tsamud dan sebagainya...


persoalannya ialah kenapa allah melaknat mereka?


antara sebab utama allah melaknat mereka adalah kerana akhlak mereka yang sangat teruk seperti kaum luth dan tamadun pompei akhirnya allah tenggelamkan mereka ke dalam bumi. sebenarnya semakin meningkat sesuatu tamadun sehingga mencapai teknologi yang canggih maka semakin runtuhlah nilai akhlak dan masyarakatnya.


jadi, adakah berbaloi kita mengejar dunia sedang kita mengabaikan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita...